Monday, July 5, 2010

Wardina tulis buku pemakanan

Wardina Safiyyah Fadlullah bermula sebagai model sebelum menjadi pelakon. Sekarang wanita beranak tiga itu lebih cenderung sebagai pengacara. Sebagai pengacara Wardina lebih terarah membicarakan isu kekeluargaan dan anak-anak. Sesuai dengan statusnya.

Pengalaman sendiri dan ilmu yang ditimba melalui kerja dan minat mendalam membaca buku membuahkan hasil menulis sebuah buku pasal pemakanan kanak-kanak berjudul Mama Saya Lapar. Wardina juga menulis sebuah lagi buku berjudul Siapa Alien.


Majlis pelancaran kedua-dua buku tulisan Wardina disempurnakan di Perpustakaan Negara hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.

Wardina mengakui minatnya menulis buku sudah lama terpendam sejak di bangku sekolah lagi. Buku Mama Saya Lapar itu tercetus daripada kesedarannya apabila sering ditanya tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya oleh wanita yang ditemuinya.

"Saya tak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya. Lalu saya fikir bagus juga kalau saya tulis buku pasal pengalaman sendiri sebagai ibu. Buku ini saya fokuskan kepada aspek pemakanan.

"Ilham buku Siapa Alien pula datang daripada seorang kenalan saya," kata Wardina.

Majlis pelancaran turut diserikan oleh tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, 6, Azra Sareera, 3, dan Imran Arrazi, 7 bulan.

Sumber – Mangga Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...