Tuesday, July 6, 2010

Dafi: Semuanya hanya salah faham

Duta Power Roots, Dafi sedikit sebanyak terkena tempias apabila cerita Rosyam Nor dikaitkan dengan penipuan menerusi perniagaan Rosyam Nor Group (RNG). Namun baginya apa yang berlaku hanyalah sekadar salah faham kerana tiada penipuan seperti yang diperkatakan.

"Saya tak perlu takut dengan tuduhan berkomplot menipu dengan syarikat jualan langsung. Nama saya turut busuk bila abang Rosyam dituduh menipu, namun semua ini tidak benar. Mungkin mereka hanya salah faham.

"Cuma saya hanya nak ingatkan jangan mudah percaya tuduhan liar begitu. Tak mungkin saya akan tarik diri daripada perniagaan ini kerana kita tidak lakukan kesalahan.

"Andainya tiba-tiba saya tarik diri, orang akan anggap kami bersalah. Saya tak takut dan akan terus bersama perniagaan ini," ujar Dafi menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas.

Kata Dafi, Power Impian adalah anak syarikat Kumpulan Power Roots dan perniagaan tersebut menjanjikan bonus hanya sekiranya ahli berjaya mengembangkan rangkaian  mereka.

Tinggalkan KRU, bergerak sendiri

Kontroversi yang melanda tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk terus melangkah dalam industri yang penuh duri ranjau. Bakal muncul dengan single terbaru ciptaan Edry KRU, Sebelum Kita Berpisah, Dafi kini bakal bergerak sendiri mencorakkan perjuangan seninya dengan Laught Out Loud Entertainment Sdn Bhd.

"Lebih tiga tahun Dafi di bawah pengurusan KRU Studios dan Dafi telah belajar banyak dari situ. Sekarang tiba masa untuk bergerak sendiri bangunkan karier. Buat masa ini Dafi tengah kumpulkan material untuk album baru," katanya ketika ditemui selepas  Konsert Wall's Cornetto di Sungei Wang.

Sumber – Mangga Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...