Sunday, July 11, 2010

Ramlah Ram akhirnya berpisah

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim.

Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan  lebih lanjut.

Ramlah mengakui memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam sekitar Mei lalu.

"Saya tak mahu bercakap banyak pasal perkara itu. Tunggulah sehingga keputusan rasmi keluar," kata Ramlah semasa ditemui media pada majlis sidang akhbar persembahan istimewanya, Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober depan di Hotel Impiana, KLCC.

Keputusan untuk memfailkan perceraian adalah di atas keputusan bersama setelah mereka mengadakan perbincangan. Namun kata Ramlah, hubungannya dengan Kamal masih baik dan mereka akan terus berkawan selepas ini.

"Hubungan kami tetap bauk, cuma tak ada persefahaman dalam rumah tangga dan kami tidak boleh tinggal bersama.

"Saya akui sangat sayangkan rumah tangga kami, tapi apabila tiada jalan penyelesaian, lebih kami berpisah," sambung Ramlah yang tenang sahaja bercerita pasal hal peribadi itu.

Apabila sepasang suami isteri yang tidak bergaduh tiba-tiba bercerai, pasti ada yang mengandaikan ia berpunca daripada pembabitan orang ketiga.

Namun Ramlah menafikannya sebaliknya mengatakan masalahnya datang daripada mereka sendiri.

"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan selesa menyelesaikan masalah secara baik," jelas Ramlah.

Sebelum ini Ramlah pernah mengeluarkan kenyataan yang menjurus ke arah perceraian apabila ditanya pasal kedudukan rumah tangganya. Akhirnya apa yang dibayangkannya itu menjadi kenyataan. Ramlah redha menerima ketentuanNya.

Sumber – Mangga Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...