Friday, July 23, 2010

Hanya Anna isteri Saiful

AWAL-AWAL lagi, dia tahu, usai diijab kabul dengan Datuk Saiful Bahar Datuk Mohd. Arshad, 44, kehidupan dijalani bermula detik itu pasti berubah. Ia berlaku sekelip mata. Selain bergelar isteri lalu memaku diri pada tiang kekeluargaan, mahu atau tidak, Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli, 28, kini harus menyesuaikan diri dengan pangkal nama baru - Datin.

Tidak pernah terlintas di laut fikirannya untuk meraih gelaran itu, pelakon, hos dan model lebih mesra disapa Anna yang baru membentuk ikatan pernikahan dengan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar itu bagaimanapun menganggap status bukan penghalang untuk menjadi sebenar dirinya.

Thursday, July 22, 2010

Farouk Hussain nafi menghasut

MARILYN ni kalau bab politik bukanlah bijak sangat, tapi kalau ada topik hangat timbul, Marilyn mesti masuk campur sekali. Haa..Ini kisah seorang artis komedi yang dikatakan 'menyerang' kerajaan menerusi lawan sosialnya sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan Kumpulan Utusan) baru-baru ini.

Artis komedi itu dikatakan telah menulis lebih 10 komen dalam laman sosial dengan kritikan termasuk meminta rakyat menukar pemimpin.

Wednesday, July 21, 2010

Belum ada tarikh baru

MEREKA sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 24 Julai ini. Namun, hasrat itu terpaksa ditangguh apabila Norman Hakim dan Memey Suhaiza masing-masing tidak mempunyai masa secukupnya untuk melakukan sebarang persiapan.

Kesibukan di lokasi penggambaran telah menjadi halangan utama. Lagipun bagi Norman yang ditemui pada sidang media mempromosikan drama 8 Bulan di Restoran Rebung, Bangsar semalam, perkahwinan bukannya hal yang melibatkan dua orang sahaja.

Tuesday, July 20, 2010

Tahun terakhir Rozita

ROZITA memberitahu dia ingin bersanding jika berkahwin lagi nanti.

BUKAN pertama kali kisah pelakon jelita Rozita Che Wan, 37, mahu bersara daripada dunia seni kedengaran tahun ini. Sudah beberapa kali. Dan hal itu tidak sedikit pun dinafikan oleh anak Kedah Darul Aman ini. Dia nekad. Rozita digembar-gemburkan tidak mahu lagi bergelumang dalam dunia penuh glamor ini.

Monday, July 19, 2010

Apa salah saya?: Ahmad Idham


"Saya hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh kementerian. Ini (menjalankan tugas sebagai ahli lembaga pengarah Finas) adalah tanggungjawab saya dan saya mesti laksanakan.

"Kita telah dilantik oleh Menteri (Penerangan Komunikasi dan  Kebudayaan). Kalau saya dengan mudahnya menarik diri bermakna saya gagal atau menolak untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya."

Sunday, July 18, 2010

Kahwin sebelum 30

BELUM terlewat untuk menggelarkan dia sebagai bunga yang sedang mekar. Harum kelopaknya belum pudar manakala kembangnya masih berseri. Dia si pelantun Bunga-Bunga Cinta yang sehingga hari ini masih menunggu kumbang setiawan menjamah emosi yang dalam.

Mendahului sifat keibuan berbanding 'keremajaan' seorang perempuan, Misha sebenarnya sudah lama dihujani persoalkan tentang cinta dan pernikahan.

Sejak mengambil Adam Muhammad Adam Emie sebagai anak angkatnya, malah sampai hari ini, soalan yang sama itu semakin menghampiri tarikh akhir yang ditetapkannya sendiri.

"Rasanya usia 28, 29 dan 30 adalah usia yang paling sesuai untuk wanita zaman ini menamatkan zaman solo, bukan lagi 25 tahun seperti dulu-dulu.

Saturday, July 17, 2010

Rahim, Razali kecewa


LAIN pelakon, lain watak impian mereka. Mungkin ada sesetengah daripada mereka menginginkan watak yang agak kontroversi demi menaikkan nama mereka dalam industri filem.

Watak kontroversi pada kebiasaannya akan memberikan publisiti yang meluas kepada pelakon itu sendiri tambahan pula cerita yang mereka bawakan itu menjadi perbualan ramai orang.

Friday, July 16, 2010

Babak bogel Zul lulus!

SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem ... Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.

Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.

Anita sangat komited

Biasanya sesebuah album kompilasi hanya diletakkan di kedai menjual muzik tanpa sebarang poblisiti. Kalau adapun, segmen ulasan album dalam beberapa media sahaja.

Yalah, sebab lazimnya album kompilasi diterbitkan semasa seseorang artis tidak lagi bernaung di bawah bumbung syarikat tersebut. Tak tahulah payah untuk mengadakan promosi atau sengaja tidak mahu melakukannya.

Berbeza sekali dengan album kompilasi Anita Sarawak, Cinta Anita yang dipasarkan oleh Life Records. Pihak syarikat itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada diva popular itu walaupun tanpa kontrak.

Thursday, July 15, 2010

Bebas berkawan

AIZAT bagaikan sudah tidak peduli apa pun orang nak kata mengenai hubungannya dengan Liyana Jasmay.

Baginya dia sudah tidak ada masa untuk terus melayan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dengan jawapan dan penjelasannya mengenai hubungan persahabatan dia dengan Liyana.

Wednesday, July 14, 2010

SMS Memey kejutkan Abby

“TOLONG jangan atur hidup saya kerana saya lebih tahu apa yang baik untuk diri saya dan anak-anak,” kata Abby Abadi, 32, kepada Memey yang baru-baru ini mengirim SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepadanya yang mahu pelakon itu berbaik semula dengan bekas suaminya, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 34.

Abby atau nama sebenar, Arbaieyah Abdul Manan yang sememangnya tidak mahu lagi mengambil tahu apa yang berlaku terhadap mereka berdua terasa pelik kenapa Memey atau nama penuhnya, Suhaiza Suhaimi, 22, tiba-tiba cuba mengatur hidupnya pula.

Tuesday, July 13, 2010

Sarimah Masih Ragu

Dua tahun menyendiri mengendalikan jadualnya yang cukup padat, Sarimah Ibrahim kini mampu menghela nafas lega segala perit lelahnya terbalas. Pengacara Biggest Loser Asia ini mengakui rezekinya makin bertambah setelah terlibat dalam program tersebut. Khabarnya juga Sarimah kini sedang dirisik oleh produk penjagaan badan, The Body Shop dan jika benar apa yang ditelah, maka Sarimah akan menjadi selebriti pertama diangkat menjadi duta produk tersebut.

Nyata Biggest Loser Asia memberi impak besar dalam kariernya. Telahpun mendapat kontrak hitam putih untuk musim kedua, namun pengacara berdarah Irish-Melayu ini masih ragu sementelah syarat yang dikenakan menurutnya bakal mengundang reaksi negatif.

Monday, July 12, 2010

Alyah Makin Selesa

Sepuluh tahun lalu, tiada siapa menyangka wanita bernama Noor Hasliah Abu Hassan ini bakal mewarnai industri hiburan dengan aura tersendiri. Namanya yang terpahat ketika menjuarai Bintang HMI terbitan RTM pada 2000 tidak berjaya membangkitkan personanya. Namun perlahan-lahan Alyah mengorak langkah dan hanya selepas lapan tahun berhempas pulas, barulah perhatian ditumpukan kepadanya. Tak Mungkin Kerana Sayang membawa tuah kepadanya.

Sunday, July 11, 2010

Ramlah Ram akhirnya berpisah

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim.

Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan  lebih lanjut.

Ramlah mengakui memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam sekitar Mei lalu.

"Saya tak mahu bercakap banyak pasal perkara itu. Tunggulah sehingga keputusan rasmi keluar," kata Ramlah semasa ditemui media pada majlis sidang akhbar persembahan istimewanya, Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober depan di Hotel Impiana, KLCC.

Saturday, July 10, 2010

Belum Masanya Untuk Bertudung - Lisa Surihani

Manis dan sopan sekali Lisa Surihani mengenakan tudung pada penampilan terbarunya. Adakah sudah terbuka hati untuk Lisa menunaikan tanggungjawab yang pastinya wajib untuk dilaksanakan? Namun bagi empunya diri, itu hanyalah sekadar watak yang dipegang dalam drama terbaru Astro Prima, Tudung Ekspres.

"Persoalan adakah saya akan bertudung atau bilakah saya akan bertudung adalah terlalu personal untuk dijawap. Biarlah saya yang menentukan apa jua yang ingin dilakukan. Kalau boleh saya mahu ianya berlaku secara natural tanpa paksaan. Tapi jujurnya, setakat ini saya belum rasa ingin ke arah itu.

Friday, July 9, 2010

Uji-Hail masih digilai

Siapa kata artis lama yang sudah tidak ada album baru payah nak narik peminat menonton persembahan mereka?  Salah tu... sebabnya bintang legenda masih diminati ramai dan kemunculan mereka di pentas amat ditunggu-tunggu.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang bintang jarang mendapat peluang mengadakan persembahan utama. Pasangan duet evergreen, Uji Rashid dan Hail Amir membuktikannya dalam persembahan Nostalgia Uji Rashid dan Hail Amir di Putrajaya minggu lalu.

"Kami masih ada banyak tawaran mengadakan show, tapi inilah agaknya persembahan istimewa yang hanya menampilkan kami sebagai artis utama," kata Uji pasal persembahan amal malam Prihatin-Berhibur Sambil Beramal yang diadakan bagi membantu Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP).

Thursday, July 8, 2010

ISABELLA Penuh Risiko

Bukan mudah menjalankan penggambaran di luar negara. Faktor cuaca, kos perbelanjaan, permit dan sebagainya kadang kala mematahkan semangat produser meneruskan niat dan hanya sekadar berpuas hati dengan lokasi penggambaran di Malaysia yang tidak kurang cantiknya.

Namun bagi aktor hebat, Rosyam Nor, semua itu bukanlah halangan baginya, malah risiko itulah yang mendatangkan semangat dan pengalaman yang tak mungkin dapat digantikan dengan wang ringgit. Menjalankan penggambaran drama Isabella selama lima hari di Kota London dan Paris adalah satu risiko yang penuh cabaran yang harus ditempuhi bersama krew.

Wednesday, July 7, 2010

Fasha-Jejai makin kuat


Cerita hubungan cinta Fasha Sandha dan Jejai (Rizal Ashram Ramli) dapat perhatian dengan cara yang pelbagai. Yang menyokong tetap sokong apa sahaja yang Fasha lakukan dan takkurang juga yang melihat pengakuan Fasha dalam konteks yang lain.

Pojok gosip akhbar juga ada yang mengusik Fasha apabila membuat kenyataan pasal hubungannya. Apatah lagi hanya Fasha yang membuat pengakuan, bukannya keluar daripada mulut lelaki yang disebutkannya itu.

Lebih membuat orang rasa tak sedap ialah apabila Fasha mengakui tidak pernah berjumpa keluarga Rizal dan tidak kisah apa pandangan keluarga Jejai kerana mereka hanya bercinta dan belum fikir pasal berkahwin lagi.

Tuesday, July 6, 2010

Dafi: Semuanya hanya salah faham

Duta Power Roots, Dafi sedikit sebanyak terkena tempias apabila cerita Rosyam Nor dikaitkan dengan penipuan menerusi perniagaan Rosyam Nor Group (RNG). Namun baginya apa yang berlaku hanyalah sekadar salah faham kerana tiada penipuan seperti yang diperkatakan.

Monday, July 5, 2010

Wardina tulis buku pemakanan

Wardina Safiyyah Fadlullah bermula sebagai model sebelum menjadi pelakon. Sekarang wanita beranak tiga itu lebih cenderung sebagai pengacara. Sebagai pengacara Wardina lebih terarah membicarakan isu kekeluargaan dan anak-anak. Sesuai dengan statusnya.

Pengalaman sendiri dan ilmu yang ditimba melalui kerja dan minat mendalam membaca buku membuahkan hasil menulis sebuah buku pasal pemakanan kanak-kanak berjudul Mama Saya Lapar. Wardina juga menulis sebuah lagi buku berjudul Siapa Alien.


Majlis pelancaran kedua-dua buku tulisan Wardina disempurnakan di Perpustakaan Negara hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.

Sunday, July 4, 2010

Dottie Tak Hina Orang Gemuk

Pembikinannya bukanlah untuk merendah-rendahkan mereka, jauh sekali menjadikan mereka sebagai bahan ketawa. Siapa kata orang bertubuh gempal tidak boleh berjaya? Itulah yang akan diperlihatkan dalam drama terbaru Astro Megadrama, Dottie. Apa yang penting adalah keyakinan untuk membuktikan tubuh badan bukanlah penghalang untuk berjaya.

Saturday, July 3, 2010

FASHA Mengaku Akhirnya

Setelah puas mengelak apabila diajukan persoalan cinta, artis kontroversi, Fasha Sanda akhirnya mengakui hubungan cinta yang terjalin antaranya dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. Menjadi kekasih tanggal 18 Mei lalu tika Rizal memberikan kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa penggambaran drama Duyong Aridinata.

Friday, July 2, 2010

Tudung Ekspres Papar Kisah Wanita Bertudung


Tampil berani memaparkan kehidupan seharian wanita bertudung mengharungi karier dan rutin harian dalam Tudung Ekspres. Bukanlah sesuatu yang luar biasa melihat wanita bertudung, namun sejauh manakah kita faham kesukaran mencari karier yang bersesuaian dengan imej mereka dan adakah benar bertudung mengongkong wanita untuk bersosial bersama teman-teman.

"Kami cuba tampilkan realiti di sini dan sengaja memilih pelakon yang asalkan tidak bertudung untuk memainkan watak ini. Realiti perlu dititikberatkan. Kebanyakan scene adalah di dalam komuter kerana itulah kehidupan dan rutin kebanyakan mereka yang keluar bekerja di pagi hari. Ekspres disini bermaksud mereka bekerja menggunakan komuter yang sentiasa sesak dan pantas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...