Thursday, November 25, 2010

Aksi Mesra Yusri - Maya

Meskipun menidakkan hubungan cinta mereka, namun Maya Karin dan Yusri nampak mesra dan saling berbisik pada Majlis Kesyukuran Magika di KRU Studio. Mangga Muda bukannya nak ambil tahu sangat hubungan cinta selebriti ni, tapi bila dah bekerja dalam industri hiburan, cerita cinta dan skandal artis ni memang selalu singgah di telinga.

Maya mengaku ada keluar berdua-duaan dengan Yusri di mana ada peminat nampak keduanya berpegangan tangan dan kelihatan sangat romantik. Namun kata Maya tak mungkin mereka bercinta sebab sudah hampir enam tahun berkawan dan sukar untuk menukar perasaan itu kepada cinta.

Wednesday, November 24, 2010

Mesra Yuna dan Qi

TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan.

Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.

Monday, November 15, 2010

Elyana ratah usia remaja

Kurang seminggu atau lebih tepat, tinggal lima hari lagi sebelum dia bertukar status menjadi isteri orang.

Gerbang bahagia sudah tersergam menunggu detik untuk dilangkahi.

Segala perancangan sudah hampir selesai dipenuhi, diukur dan diberi perincian tetapi selaku manusia yang tidak pernah habis daripada keraguan, sampai ke hujung waktu sekali pun, tetap ada yang bersarang mahukan jawapan.

"Bukan malam-malam sahaja, bahkan bila celik mata sekalipun, saya mula terfikirkan banyak benda.

"Benarkah apa yang sedang saya dilakukan ini, mampukah saya menjadi isteri yang baik, tepatkah pilihan saya, tepatkah berkahwin pada usia ini?

"Itu semua perkara yang tidak seharusnya saya fikir tetapi bermain juga di fikiran," letus suara daripada tubuh berdarah manis bernama Elyana ini.

Sunday, November 14, 2010

Maruah Raja Farah, suami tercabar

Siapa yang tidak tersentak jika keperibadian bakal isteri diperkatakan oleh pihak lain secara negatif. Sementelah ia melibatkan maruah isteri, keluarga dan dirinya sendiri.

Suami kepada pelakon filem Haq, Raja Farah Raja Aziz, iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, mengakui dirinya berasa tertekan apabila isterinya itu dikatakan sedang mengandung, biarpun mereka baru sahaja menjalani akad nikah, semalam.

Pada sidang media yang diadakan usai majlis pernikahan mereka yang berlangsung penuh harmoni di Tropica Residence, Bukit Jelutong, Selangor itu, Megat Bashirun meluahkan perasaannya dengan menuturkan: “Walaupun gosip tersebut bukan terkena pada dirinya (tidak benar) tetapi saya sebagai bakal suaminya ketika itu turut terkena tempias daripada isu itu.”

Tambahnya: “Perkara ini juga bukan hanya dirasai kami malahan turut melibatkan maruah keluarga.”

Saturday, November 13, 2010

Sam bukan Adnan

Selepas berjaya membawakan watak Adnan dalam filem pecah panggung Adnan Sempit, nampaknya, aktor Shaheizy Sam atau Sam bergelut untuk membuang bayangan Adnan yang melekat dengan dirinya.

Terbiasa dipanggil Adnan oleh peminat, Sam bagaimana pun tidak mahu senario yang sama berlaku tatkala dia memegang watak lain dalam karya seterusnya. Pergelutan membuang watak Adnan itu jelas kelihatan dalam filem terbaru Sam berjudul Ngangkung.

Malah, perkara itu diakui sendiri oleh Sam dan pengarahnya Ismail Bob Hasim. Jelas Sam, dia enggan dibayangi watak Adnan untuk setiap karya yang ditawarkan kepadanya. Oleh kerana itu, dia cuba mengubah permainan watak dan perwatakannya sebagai Azim dalam filem Ngangkung dengan menggubah cara bercakap dan mimik muka.

Friday, November 12, 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

Thursday, November 11, 2010

Fazley undur demi reputasi FIC

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Wednesday, November 10, 2010

Ramlah kini bertudung

Sudah lama memendam hasrat untuk berhijrah imej, Ramlah berazam untuk mengekalkan imej barunya ini.

DULU lain sekarang lain. Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu, Ramlah Ram sebelum ini pernah tampil dengan imej berambut pendek dan pelbagai gaya rambut.

Namun ketika membuat kemunculan sebagai artis jemputan pada acara Muzik-Muzik Separuh Akhir yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin lalu, Ramlah tampil dengan imej bertudung.

Ramlah yang sebelum ini yang mendapat liputan meluas berikutan perceraiannya setelah 10 tahun berkahwin, kelihatan tenang tatkala ditemui untuk menjelaskan mengenai perubahan imej itu.

Tuesday, November 9, 2010

Tarikh kahwin 11.11.11

Puas dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.

“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.

Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. “Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.

Monday, November 8, 2010

Enggan seksi depan media

Cerita kontroversi cukup dekat dengan penyanyi Farah Asyikin. Sejak bercerai hingga kini, dia antara penyanyi yang tidak pernah kering dengan cerita panas.

Kalau dibuka semula sejarah kemunculannya dalam persada seni suara, cerita kontroversi penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu lebih luas liputannya daripada kisah kerjaya seninya sebagai penyanyi.

Selepas bercerai Farah tidak pernah sunyi daripada gosip cinta termasuk hubungan cintanya dengan duda warga Singapura yang menjadi cerita panas kerana kononnya Farah merupakan punca keretakan rumah tangga kekasihnya itu.

Tidak habis di situ, baru-baru ini Farah mengumumkan ikatan pertunangan yang terjalin antaranya bersama kekasihnya itu terputus di tengah jalan.

Kini, tegas Farah, 31, dia hanya mahu fokus dalam kerjayanya sahaja. Farah menegaskan dirinya berhak menggayakan apa jua jenis pakaian dalam rutin kehidupan di luar kerjaya seninya.

Sunday, November 7, 2010

Lawak tidak cukup buat Irma

Mendongak ke atas, adakalanya kita mempersoalkan rahsia di sebalik kepulan putih awanan yang mewarnai birunya hamparan langit. Dalam celik dek sinaran sang mentari, pasti terselit titis-titis jernih melimpahi lantai bumi yang menyegarkan kehijauan segenap tumbuhan.

Sesekali guruh berdentum mengejutkan denyut nadi untuk berlari lebih pantas daripada normal. Perumpamaan ideal itu ditujukan khas buat wanita yang kini bergelora jiwanya. Meski dipukul pelbagai persoalan yang menggigit emosi, wanita yang bernama Irma Hasmie teguh membanting tulang berlawan kekecewaan.

Saturday, November 6, 2010

Maya tolak persepsi 'Janda panas'

“Harap-Haraplah jangan sampai digelar ‘janda panas’. Rasanya apa yang diperkatakan tentang saya ketika ini sudah sampai satu kemuncak yang maksimum.”

Itulah ekspresi jelitawan popular, Maya Karin apabila seorang lagi lelaki popular, Yusry Abdul Halim dikaitkan dengannya selepas pelakon Remy Ishak.

Empat bulan menyandang status janda, Maya menyedari ada suatu kelainan yang berlaku terhadapnya.

Sesuatu yang pelik tetapi tidak ketara berbanding dua fasa hidupnya sebelum ini: Ketika masih bujang dan ketika menjadi isteri orang.

“Saya cuma keluar makan malam dan menonton wayang, tiba-tiba ia menjadi berita yang sensasi. Saya masih pelik sebabnya bertahun-tahun sebelum ini tiada kisah sebegitu.

Friday, November 5, 2010

Aaron, Suhaillah dicabar

Berlakon sambil berdialog mungkin mudah bagi seseorang pelakon berpengalaman kerana mereka boleh membuat persediaan dengan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon-pelakon yang lain.

Namun sebaliknya pula yang harus diharungi aktor kelahiran Singapura, Aaron Aziz selaku pemegang watak utama filem 2 Alam.

Menurut Aaron, menerusi filem terbitan syarikat milik Datuk Dr. Che Rozmey Che Din atau Dr. Rozmey itu, dia hanya berdialog untuk kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan babak lakonannya.

“Bagi saya, perbezaan ketika berlakon dalam 2 Alam dan filem lain ialah kerana saya tidak menggunakan kuasa langsung.

“Saya cuma memberi tenaga kepada penonton melalui mood cerita ini kerana saya sebenarnya tidak banyak dialog ” beritahunya ketika sesi temu bual bersama Kosmo! di The Curve Damansara baru baru ini.

Thursday, November 4, 2010

Kalau ikutkan hati, mati - Syamsul

Memanjat kesyukuran terhadap Illahi dengan kemenangannya pada Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof mengadakan majlis bagi tujuan itu baru-baru ini di kediamannya.

Pelakon dan pengarah muda yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor Malaysia, Datuk Yusof Haslam itu telah memenangi kategori Pengarah Terbaik FFM23.

Namun, di sebalik kegembiraan dan senyuman yang dapat dilihat umum, terselit juga kesedihan dan kekesalan dalam diri anak muda berusia 26 tahun ini tentang apa yang telah berlaku selepas menjulang anugerah berprestij itu.

Ini kerana banyak pihak tampil tidak berpuas hati dengan kemenangannya itu.

Tidak perlulah disebut siapakah gerangannya 'banyak pihak' tersebut dan apa kata-kata tidak puas hati yang dihamburkan mereka, kerana kelak ia membuat luka yang sudah parah bertambah parah, tetapi cukup kalau dikatakan hati Syamsul juga luka parah impak hal tersebut.

Wednesday, November 3, 2010

Sambung pengajian di luar negara

Liyana Jasmay bersara? Itulah desas-desus terbaru mengenai pelakon comel Liyana Jasmay. Khabarnya dia akan menghentikan segala kegiatan seninya buat sementara waktu kerana mahu menyambung pelajaran di luar negara pada tahun 2012.

Peluang bertemu dengan figura genit itu pada sidang media teater Natrah di Istana Budaya, Khamis lalu tidak dilepaskan. Tidak menafikan mengenai berita tersebut, ujar Liyana perkara berkenaan masih lagi dalam perancangannya buat masa ini memandangkan dia perlu menamatkan pengajiannya pada peringkat diploma ketika ini.

“Hasrat untuk menyambung pengajian di luar negara hanya sekadar perancangan sahaja. Lagipun saya tidak mahu perbesarkan perkara ini kerana takut apa yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan nanti.

Tuesday, November 2, 2010

Ameng dipenjara, denda

KUALA LUMPUR - Selepas hampir enam bulan turun naik mahkamah atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia didapati bersalah semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes itu.

Ameng, 42, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail diperintahkan oleh Zaki Asyraf dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain diletakkan di bawah pengawasan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun.

Monday, November 1, 2010

Babak ranjang lumrah - Ady Putra

Profil kerjaya aktor kacak, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim dilihat cukup konsisten. Sudah pelbagai watak yang dibawakannya, antaranya anak derhaka, guru, remaja nakal dan terbaru Ady muncul untuk karakter antagonis sebagai Bad menerusi filem Haq.

Namun, bagi mereka yang telah menonton sedikit sedutan filem tersebut pada majlis sidang media baru-baru ini, dua perkara yang hangat diperkatakan. Pertama, sosok tubuh Adi yang sasa dan kedua, adegan asmara antara Ady dan aktres Nanu Baharuddin.

Tertawa saat dipersoalkan tentang dua perkara tersebut, Ady menjelaskan adegan atas katil yang secara automatik diklasifikasikan sebagai adegan panas itu merupakan suatu kebenaran dan lumrah dalam alam realiti.

Thursday, September 16, 2010

Abby tuntut hutang kahwin

KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Friday, July 23, 2010

Hanya Anna isteri Saiful

AWAL-AWAL lagi, dia tahu, usai diijab kabul dengan Datuk Saiful Bahar Datuk Mohd. Arshad, 44, kehidupan dijalani bermula detik itu pasti berubah. Ia berlaku sekelip mata. Selain bergelar isteri lalu memaku diri pada tiang kekeluargaan, mahu atau tidak, Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli, 28, kini harus menyesuaikan diri dengan pangkal nama baru - Datin.

Tidak pernah terlintas di laut fikirannya untuk meraih gelaran itu, pelakon, hos dan model lebih mesra disapa Anna yang baru membentuk ikatan pernikahan dengan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar itu bagaimanapun menganggap status bukan penghalang untuk menjadi sebenar dirinya.

Thursday, July 22, 2010

Farouk Hussain nafi menghasut

MARILYN ni kalau bab politik bukanlah bijak sangat, tapi kalau ada topik hangat timbul, Marilyn mesti masuk campur sekali. Haa..Ini kisah seorang artis komedi yang dikatakan 'menyerang' kerajaan menerusi lawan sosialnya sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan Kumpulan Utusan) baru-baru ini.

Artis komedi itu dikatakan telah menulis lebih 10 komen dalam laman sosial dengan kritikan termasuk meminta rakyat menukar pemimpin.

Wednesday, July 21, 2010

Belum ada tarikh baru

MEREKA sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 24 Julai ini. Namun, hasrat itu terpaksa ditangguh apabila Norman Hakim dan Memey Suhaiza masing-masing tidak mempunyai masa secukupnya untuk melakukan sebarang persiapan.

Kesibukan di lokasi penggambaran telah menjadi halangan utama. Lagipun bagi Norman yang ditemui pada sidang media mempromosikan drama 8 Bulan di Restoran Rebung, Bangsar semalam, perkahwinan bukannya hal yang melibatkan dua orang sahaja.

Tuesday, July 20, 2010

Tahun terakhir Rozita

ROZITA memberitahu dia ingin bersanding jika berkahwin lagi nanti.

BUKAN pertama kali kisah pelakon jelita Rozita Che Wan, 37, mahu bersara daripada dunia seni kedengaran tahun ini. Sudah beberapa kali. Dan hal itu tidak sedikit pun dinafikan oleh anak Kedah Darul Aman ini. Dia nekad. Rozita digembar-gemburkan tidak mahu lagi bergelumang dalam dunia penuh glamor ini.

Monday, July 19, 2010

Apa salah saya?: Ahmad Idham


"Saya hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh kementerian. Ini (menjalankan tugas sebagai ahli lembaga pengarah Finas) adalah tanggungjawab saya dan saya mesti laksanakan.

"Kita telah dilantik oleh Menteri (Penerangan Komunikasi dan  Kebudayaan). Kalau saya dengan mudahnya menarik diri bermakna saya gagal atau menolak untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya."

Sunday, July 18, 2010

Kahwin sebelum 30

BELUM terlewat untuk menggelarkan dia sebagai bunga yang sedang mekar. Harum kelopaknya belum pudar manakala kembangnya masih berseri. Dia si pelantun Bunga-Bunga Cinta yang sehingga hari ini masih menunggu kumbang setiawan menjamah emosi yang dalam.

Mendahului sifat keibuan berbanding 'keremajaan' seorang perempuan, Misha sebenarnya sudah lama dihujani persoalkan tentang cinta dan pernikahan.

Sejak mengambil Adam Muhammad Adam Emie sebagai anak angkatnya, malah sampai hari ini, soalan yang sama itu semakin menghampiri tarikh akhir yang ditetapkannya sendiri.

"Rasanya usia 28, 29 dan 30 adalah usia yang paling sesuai untuk wanita zaman ini menamatkan zaman solo, bukan lagi 25 tahun seperti dulu-dulu.

Saturday, July 17, 2010

Rahim, Razali kecewa


LAIN pelakon, lain watak impian mereka. Mungkin ada sesetengah daripada mereka menginginkan watak yang agak kontroversi demi menaikkan nama mereka dalam industri filem.

Watak kontroversi pada kebiasaannya akan memberikan publisiti yang meluas kepada pelakon itu sendiri tambahan pula cerita yang mereka bawakan itu menjadi perbualan ramai orang.

Friday, July 16, 2010

Babak bogel Zul lulus!

SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem ... Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.

Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.

Anita sangat komited

Biasanya sesebuah album kompilasi hanya diletakkan di kedai menjual muzik tanpa sebarang poblisiti. Kalau adapun, segmen ulasan album dalam beberapa media sahaja.

Yalah, sebab lazimnya album kompilasi diterbitkan semasa seseorang artis tidak lagi bernaung di bawah bumbung syarikat tersebut. Tak tahulah payah untuk mengadakan promosi atau sengaja tidak mahu melakukannya.

Berbeza sekali dengan album kompilasi Anita Sarawak, Cinta Anita yang dipasarkan oleh Life Records. Pihak syarikat itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada diva popular itu walaupun tanpa kontrak.

Thursday, July 15, 2010

Bebas berkawan

AIZAT bagaikan sudah tidak peduli apa pun orang nak kata mengenai hubungannya dengan Liyana Jasmay.

Baginya dia sudah tidak ada masa untuk terus melayan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dengan jawapan dan penjelasannya mengenai hubungan persahabatan dia dengan Liyana.

Wednesday, July 14, 2010

SMS Memey kejutkan Abby

“TOLONG jangan atur hidup saya kerana saya lebih tahu apa yang baik untuk diri saya dan anak-anak,” kata Abby Abadi, 32, kepada Memey yang baru-baru ini mengirim SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepadanya yang mahu pelakon itu berbaik semula dengan bekas suaminya, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 34.

Abby atau nama sebenar, Arbaieyah Abdul Manan yang sememangnya tidak mahu lagi mengambil tahu apa yang berlaku terhadap mereka berdua terasa pelik kenapa Memey atau nama penuhnya, Suhaiza Suhaimi, 22, tiba-tiba cuba mengatur hidupnya pula.

Tuesday, July 13, 2010

Sarimah Masih Ragu

Dua tahun menyendiri mengendalikan jadualnya yang cukup padat, Sarimah Ibrahim kini mampu menghela nafas lega segala perit lelahnya terbalas. Pengacara Biggest Loser Asia ini mengakui rezekinya makin bertambah setelah terlibat dalam program tersebut. Khabarnya juga Sarimah kini sedang dirisik oleh produk penjagaan badan, The Body Shop dan jika benar apa yang ditelah, maka Sarimah akan menjadi selebriti pertama diangkat menjadi duta produk tersebut.

Nyata Biggest Loser Asia memberi impak besar dalam kariernya. Telahpun mendapat kontrak hitam putih untuk musim kedua, namun pengacara berdarah Irish-Melayu ini masih ragu sementelah syarat yang dikenakan menurutnya bakal mengundang reaksi negatif.

Monday, July 12, 2010

Alyah Makin Selesa

Sepuluh tahun lalu, tiada siapa menyangka wanita bernama Noor Hasliah Abu Hassan ini bakal mewarnai industri hiburan dengan aura tersendiri. Namanya yang terpahat ketika menjuarai Bintang HMI terbitan RTM pada 2000 tidak berjaya membangkitkan personanya. Namun perlahan-lahan Alyah mengorak langkah dan hanya selepas lapan tahun berhempas pulas, barulah perhatian ditumpukan kepadanya. Tak Mungkin Kerana Sayang membawa tuah kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...